Cerita dah lama berlalu. Raya dah masuk hari ketujuh. Tapi kenangan masih segar diingatan.
Bila semua orang sibuk terkandas dalam jam, kami sekeluarga masih di Kuching. Pada pagi Raya, kami sekeluarga berbaju melayu dan berkurung menuju ke lapangan terbang. Tepat jam 5.30 pagi, kapal terbang berlepas ke Kuala Lumpur. Anak-anak tersenyum lebar tidak sabar menunggu untuk tiba. Seronok tak terkata.
Setiba di Kuala Lumpur jam 7.15, ipar dan anak buah dah menunggu. Anak semakin gembira dapat berjumpa dengan sanak saudara.
4 hari.
Pendek dan singkat. Ingin lagi tinggal lebih lama. Namun rezeki hanya setakat ini sahaja. Dengan izinNya, suatu hari pasti akan berjumpa lagi. Setakat mengubat rindu. Syukur pada Ilahi.