Thursday, May 6, 2010

Hari Ibu

Hari ni saya mendapat 4 kuntum bunga dari dua anak dara kesayangan.  Entah manelah dia dapat duit.  Bagus juga ada hari-hari seperti ini supaya memperingatkan kita kepada pengorbanan dan jasa ibu kita.  Luahan seorang anak sempena sambutan Hari Ibu...


             Lafazku, Peganganku


Asy-hadu alla ilaha illallah.
Wa-asy-hadu anna Muharn-madar rasulullah.

Berlinang air mata di pipimu
Hancur jiwa seorang ibu
Di mana segala pengorbananmu
Terlerai mendengar lafazku

Ibu, janganlah engkau bersedih hati
Aku pergi pasti kembali
Takkan ku lupa jasa dan bakti
Kau tetap ibu yang ku sayangi

Aku anak tidak sempurna
Pasti jiwamu penuh kecewa
Anak dibesar telah derhaka
Menjatuhkan muka, maruah keluarga

Wahai ibu tersemat di hati
Hatimu tabah berjiwa suci
Lahirnya cucu pembuka hati
Kerap kali kau datang menziarahi

Walau hatimu pilu, masih terluka
Kau tetap hadir dengan ceria
Pertalian kekal tak kira agama
Kau terima peganganku dengan redha

Ampunkan aku atas lafazku
Inilah pegangan hidup baruku
Aku bersyukur Allah nan satu
Dikurniakan ibu, yang menerima peganganku 



Nukilan 17 Mei 2006

2 comments:

  1. sedihnya baca puisi ni ..
    hati ibu, kan syura, camana pun anaknya, kasih tidak pernah berbelah bagi...
    kita doakan saja semoga Allah memberi beliau hidayah..

    ReplyDelete
  2. amin..
    tak semua boleh menerima.. syukurlah diri ni masih lg dianggap keluarga..

    ReplyDelete