Saturday, May 8, 2010

Madah Seorang Ibu




Anak-anak tersayang.. kita harus sentiasa mengingati ibu.  Tanpa dia siapalah kita.  Baik buruknya, dia tetap ibu kita.  Kita tidak perlu menunggu Hari Ibu untuk mengucapkan terima kasih sebaliknya ucapan itu harus kita ucapkan setiap kali kita membuka mata kerana tanpa ibu, kita tidak dapat menikmati keindahan yang Maha Esa.  Bersyukurlah dan pohonlah kemaafan.

Madah Seorang Ibu


Wahai anak tersayang
Ibu menyusun sepuluh jari
Ada ketika kumenengking
Ada ketika kutempeleng
Wahai anak yang tersayang
Ibu memohon kemaafan
Kadang-kadang naik berang
Kadang-kadang meradang
Tiada niat di dalam hati
Menyakiti anak yang kusayangi
Anak tak pernah dibenci
Walau dipukul atau dicaci
Cuma mulut terlepas cakap
Lumrah seorang insan biasa
Wahai anak yang tersayang
Engkaulah kurniaan, permata hatiku
Jangan mudah ambil hati
Ibu masih menyayangi
Walau sesekali terkasar bahasa 
Anak tetap terpahat dihati
Ibarat air dicincang takkan putus
Kasih sayangku kekal abadi


Nukilan 30 September 2006

No comments:

Post a Comment