Baru lepas menonton tv dan tiba-tiba berinspirasi untuk menulis. TV2 menayangkan drama menarik tentang seorang mualaf yang menghadapi banyak dugaan dalam hidupnya. Setelah menjadi saudara baru, suami meninggal dunia dan anak pula menghadapi masalah hati yang memerlukan pembedahan, penderma dan bantuan kewangan. Yang menyentuh perasaan apabila mentua dan ibu bapa sendiri tidak membantu. Hanya seorang pakcik tua yang sudi membantunya dengan doa yang tidak pernah putus.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hidup anak-anaknya. Setiap yang kita lakukan dalam hidup ini, semestinya direstu oleh ibu dan bapa. Doa mereka amat bermakna. Oleh itu, janganlah kita menyakiti hati mereka.
Ini juga mengingatkan diriku sendiri sebagai seorang ibu. Kadang-kala kita juga harus berhati-hati apabila berkata kerana setiap perkataan yang terkeluar dari mulut ibarat doa untuk anak-anak. Maka haruslah kita mengeluarkan kata-kata yang baik. Haruslah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka kerana walau terguris sekali pun hati kita, mereka tetap anak.
Kekecewaan
Kata orang..
Hidup tidak bermakna
tanpa restu ibu dan bapa.
Tapi,
apakan daya,
pengampunan tugas yang maha Esa.
Berbudi dan berbahasa
Masih diri tidak diterima.
Dosa yang lampau
igauan selamanya.
Kata orang..
Syurga di telapak kaki ibu.
Kemaafan dipinta supaya bersatu.
Namun jiwaku sedih dan pilu,
keluarga berkecai terbinalah kubu.
Sedih..
Siapa yang tahu?
Kepada yang Esa aku menuju
Bukalah hati orang tuaku
Selami jiwaku yang penuh syahdu.
Nukilan 9 Jun 2006
Salam..
ReplyDeleteIndah bunyinya bersajak di pagi sabtu tok.
Banyak perkara berlaku perlu diambik pengajaran dan peringatan utk diri, sik semua urang tok bait dan sebahagiannya pula ada yang punya sifat yang sangat baik, kerana Allah nyuruh kita berfikir agar kita tahu yang mana yang baik dan yang mana yang bathil.
Apa pun moga kitak tabah menghadapi liku-liku kehidupan tok.
w'salam..
ReplyDeleteauk.. sedih nangga crita ya. kwn ketawa rame, tp kwn menangis satu dlm seribu.
wah berbahasa sarawak ya...
ReplyDeletetakpalah,saya tahu 2 bahasa je..
tentang entri, hanya yang merasa yang tahu. yang melihat hanya dapat mendoakan dan menghulur simpati. Apa pun di setiap hujung kesabaran itu nanti ada nikmat yang manis pastinya.