Pagi tadi Majlis Perlantikan Pengawas 2010/2011. Sebelum itu, perhimpunan rasmi dijalankan seperti biasa. Apabila mula saja nyanyian Negaraku, itu dia, ada pelajar yang menguap entah berapa ratus kali. Ada yang berdiri senget sebab kali sebelah tempang. Ada yang mula main mata dengan kaum sejenis. Siap berbalas-balas senyuman. Ada satu pelajar tu lagilah bagus. Dia memang berdiri tegak tetapi tangannya ibarat memukul 'drum' mengikut rentak lagu Negaraku. Bersemangat betul pelajar-pelajar menghayati lagu kebangsaan kita ini.
Saya nak berkongsi cerita zaman sekolah. Masa tu masih sekolah rendah. Saya masuk PBSM. Kalau tak silap ada perhimpunan untuk semua ahli PBSM dari semua sekolah. Menteri pun ada agaknya sebab ada banyak 'camera men'. Semasa kami berdiri tegak menyanyikan Negaraku, tiba-tiba orang di belakang mencuit-cuit tangan saya. Bila dah tak tahan sebab dia asyik mengganggu, saya tolehlah ke belakang untuk sekejap aje. Tapi malang tak berbau. Nasib tidak menyebelahi saya. Keesokkan harinya, muka saya keluar di surat khabar dan komen di situ menyatakan bahawa ada pelajar yang tidak menghormati lagu Negaraku. Nasib baiklah belakang je yang nampak, bukan muka. Kalau tidak malulah mak bapa tengok muka saya yang tidak menghormati lagu itu.
Satu lagi pengalaman Negaraku semasa saya di tingkatan menengah atas. Kami disuruh pergi ke Kem Bina Semangat selama 3 hari. Setiap pagi kami akan bangun awal dan berbaris di padang untuk menyanyikan lagu Negaraku. Tempatnya macam hutan dan semestinya pagi-pagi banyak nyamuk. Semasa berdiri tegak, saya dan beberapa orang kawan tidak dapat menahan kegatalan digigit nyamuk. Dalam kegelapan itu, kami diam-diam menggaru. Malangnya, mata fasilitator kami sangat tajam. Kami dipanggil ke hadapan dan pagi itu juga berpeluang mencium tiang bendera. Tak cukup dengan itu, kami disuruh berendam di dalam kolam dan air mesti berada di paras dagu kami. Kolam itu memang wangi dengan kura-kura menjadi teman. Apabila keluar daripada air, badan pun ibarat Michael Jackson tengah menari.
Semua pengalaman ini menjadikan kita lebih berdisiplin. Sedangkan semasa World Cup setiap pemain bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing sebelum permainan dimulakan. Pelajar pula semasa menyanyikan lagu Negaraku tidak ada semangat cintakan negara. Tengok bola nombor satu tapi tak menerapkan semangat cintakan tanah air yang diterapkan oleh pemain. Kalau zaman saya sekolah dulu, kalau nyanyi macam sampah, kami disuruh menyanyi berulang kali sampailah para guru berpuas hati. Tak cukup dengan tu, 'public caning' masih dibenarkan dan pelajar akan dirotan jika tidak bersemangat. Bila fikir balik, semua ini untuk kebaikan diri sendiri supaya lebih berdisiplin.
Kalaulah kita anak bangsa, berdirilah tegak. Bukan lama pun. Sekejap aje. Bersemangatlah menyanyikan Negaraku.
dapat juga masuk surat khabar ya syura...
ReplyDeletehaha.. kalau nampak muka lagi glamour!!
ReplyDelete